Tuesday, March 8, 2016

Jurnal Pembelajaran Kumpulan 5

Jurnal Pembelajaran Kumpulan 5
PGDE MARA-UNITAR
ESEG5023 Curriculum and Instruction

Tajuk                   :  Kaedah Penentuan Arah Kiblat & Waktu Solat
Sasaran                :  Pelajar Tingkatan 2 MRSM Kota Putra
Strategi                :  Discovery Learning


PERINGKAT 1
Perkara - Memberi taklimat ringkas dan  tugasan kepada para pelajar mengenai tajuk yang akan
                dipelajari iaitu ‘Kaedah Penentuan Arah Kiblat & Waktu Solat’. 
              - Pelajar diminta untuk mencari sendiri maklumat berkaitan tajuk tersebut.

Refleksi - Pelajar menunjukkan minat terhadap tajuk yang akan dipelajari.
              - Pengetahuan sedia ada pelajar tentang tajuk amat sedikit.



PERINGKAT 2
Perkara - Pelajar mula membuat carian maklumat menggunakan kemudahan internet di bawah
               seliaan guru.

Refleksi - Pelajar berasa seronok dengan penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran.
              - Hasil carian maklumat berkenaan tajuk, hampir sama.
  - Guru sepatutnya meminta pelajar mencari beberapa kaedah yang berbeza tentang
     penentuan arah kiblat & waktu solat bagi mendapatkan hasil yang pelbagai.



PERINGKAT 3
Perkara  - Perkongsian hasil dapatan maklumat antara pelajar. Pelajar membuat pembentangan
                 di dalam kelas

Refleksi - Semua pelajar memberi tumpuan ketika mencari maklumat menggunakan internet.
              - Terdapat sumber maklumat yang tidak lengkap dan tiada autoriti.
              - Pelajar perlu jelas tentang kriteria maklumat yang dikehendaki.




PERINGKAT 4
Perkara - Pelajar melaksanakan amali penentuan waktu solat dan arah kiblat berdasarkan
                maklumat yang mereka perolehi. Kaedah yang digunakan adalah menggunakan
                bayang-bayang objek yang tegak pada waktu Zuhur.

Refleksi   - Pelajar mendapat pengalaman baru ketika membuat aktiviti.
                - Pergerakan awan & cuaca yang tidak dapat dijangka memberi kesan kepada
                  penampakan bayang.
                - Aktiviti perlu dilakukan dalam keadaan cuaca yang baik dan terang.



PERINGKAT 5
Perkara - Guru membuat pembetulan terhadap kesilapan pelajar dan membuat demonstrasi
                 cara sebenar menentukan arah kiblat & waktu solat berdasarkan bayang objek.

Refleksi   - Pelajar memahami dengan lebih baik kaedah yang digunakan.
                - Masa yang tinggal untuk membuat pembetulan amat singkat kerana kedudukan 
                  bayang yang tepat untuk menentukan arah kiblat hanya berlaku beberapa minit sahaja.
                - Guru perlu membuat rakaman video kaedah yang sebenar beberapa hari sebelum 
                  aktiviti bagi memudahkan proses pembetulan.



PERINGKAT 6
Perkara - Pelajar yang menguasai amali kaedah penentuan arah kiblat & waktu solat memberi
   penerangan kepada pelajar yang masih belum faham.

Refleksi - Berlaku perkongsian ilmu antara pelajar mahir dengan pelajar lemah.
              - Pelajar lemah boleh merujuk kepada pelajar mahir jika tidak dapat berjumpa guru.


Saturday, September 19, 2015

Sedang cuba buat blog.





Main salji di Gunung Sinai.












Tazkirah Habib Ali Zainal Abidin